Cara permulaan pemasaran pemengaruh
Panduan

Cara permulaan pemasaran pemengaruh

DiterbitkanJan 10 2022
Ditulis olehParmis
TikTok ialah salah satu platform yang terbaik yang sedang berkembang pesat yang mempunyai pelbagai matlamat: memberi keseronokan dan hiburan, mempromosikan perniagaan baru, meningkatkan jualan dan kempen pemasaran. Jika anda pernah terfikir untuk menjangkau khalayak yang lebih luas, anda mungkin juga fikir mengenai kempen pemasaran dan cara ia boleh memberi manfaat kepada anda. Jika ya betul, sila nantikan panduan lengkap Exolyt untuk kempen pemasaran di TikTok!
Pengenalan kepada pemasaran pemengaruh
Pemasaran pemengaruh ialah pemasaran media sosial yang menggunakan para pemengaruh untuk mengiklankan perkhidmatan atau produk. Asas kaedah pemasaran ini adalah kepercayaan yang dibina oleh pemengaruh di kalangan penonton dan peminat mereka, yang akhirnya menjadi titik jualan untuk jenama tersebut.
Namun, pada masa sekarang, adalah lebih mencabar untuk menarik perhatian penonton sebab banyak kempen sudah berjalan di TikTok. Jenama menggunakan idea yang lebih inovatif untuk kempen pemasaran pemengaruh, yang merupakan salah satu sebab mengapa mereka boleh dapat lebih banyak perhatian.
Sila rujuk artikel kami yang lain mengenai [11 sebab mengapa pemasaran pemengaruh ialah trend seterus yang paling besar}}(https://exolyt.com/guides/tiktok-influencer-marketing).
Tidak pasti kaedah untuk bermula dengan pemasaran pemengaruh?
Di Exolyt, matlamat kami ialah memastikan anda dapat manfaat yang sepenuhnya di platform TikTok. Platform penganalisis kami yang hebat membekal anda senarai yang lengkap mengenai semua perkara yang anda perlu ketahui mengenai akaun anda. Ahli kepakaran kami berada di sini untuk membimbing anda melalui proses permulaan pemasaran. Kami berkolaborasi dengan agensi media sosial, jenama global dan pemengaruh utama untuk memberikan permahaman mengenai kandungan TikTok mereka. Hubungi kami untuk menempah sesi demontrasi, atau mulakan percubaan percuma anda hari ini!
Pastikan anda ikut panduan Exolyt untuk [kempen pemasaran TikTok!}}(https://exolyt.com/guides/tiktok-marketing-campaigns)
Siapa ialah pemengaruh?
Media sosial telah berkembang dengan pesat sejak dekad yang lalu. Menurut laporan Januari 2019, We Are Social, sebanyak 3.484 bilion orang menggunakan media sosial setiap hari - iaitu lebih kurang 45% daripada penduduk seluruh dunia. Mereka akan pilih untuk ikut pemengaruh media sosial untuk membantu mereka dalam buat keputusan.
Pemengaruh media sosial ialah orang yang mempunyai reputasi sebagai pakar dalam topik yang tertentu. Mereka buat siaran secara kerap mengenai topik tersebut di saluran sosial pilihan mereka dan menarik ramai orang yang berminat dan bersemangat yang selaras dengan pandangan mereka. Pemengaruh tersebut juga ialah cara terbaik untuk mempromosikan produk dan mencipta trend kerana mereka biasanya digunakan untuk menetapkan trend dalam industri yang berkaitan dengan mereka.
Pemasaran Influencer dalam TikTOk
Tip mengenai cara pemilihan pemengaruh yang paling sesuai untuk jenama anda
Sekarang kita sudah berbincang mengenai kepentingan peranan yang dimainkan oleh pemengaruh, mari kita fokus pada cara anda boleh memilih pemengaruh yang berkait untuk kolaborasi:
Pertimbang mengenai jenis pengikut pemengaruh
Sebagai satu identiti jenama, anda mempunyai khalayak sasaran yang ingin anda jangkau. Faktor pertama yang perlu diingat ialah pemengaruh yang anda pilih juga mesti mempunyai khalayak yang lebih kurang selaras dengan matlamat anda dan mempunyai orang yang anda cuba jangkau.
Tetapkan matlamat untuk kempen pemasaran anda
Selain daripada penonton, anda ada mesej tertentu yang ingin sampaikan - adakah anda ingin meningkatkan kesedaran mengenai jenama anda? Adakah ia iklan produk? Adakah ia sejenis promosi? Soalan-soalan seperti ini dan yang serupa perlu diselesaikan sebelum anda mendekati mana-mana pemengaruh atau pun memulakan pencarian anda.
Pantau beberapa pengaruh untuk satu tempoh yang tertentu
Pada masa sekarang, "mengintai" bukanlah konsep yang ganjil kerana kebanyakan kita melakukannya sekarang dan pada masa lalu. Ambil tindakan yang sama terhadap pemengaruh potensi anda dan pantau aktiviti mereka; apakah jenis kandungan yang mereka hasilkan? Apakah sasaran kandungan mereka? Apakah jenis gaya yang mereka keluarkan?
Jangan bergantung sepenuhnya pada peluang pertama
Walaupun anda mungkin dapat cari pemengaruh yang padan sejak permulaan carian, adalah penting untuk ingat bahawa anda harus mempertimbangkan perkara ini dengan berhati-hati kerana orang yang anda pilih mungkin boleh menjejaskan imej jenama anda.
Mengikut bilangan pengikut mereka
Bilangan pengikut sering dikaitkan dengan populariti dan kejayaan jenama. Jenama dengan lebih ramai pengikut akan mempunyai jangkauan dan potensi penukaran yang lebih besar. Kami sarankan agar jenama tidak mengutamakan bilangan pengikut semasa perekaan strategi media sosial. Bilangan pengikut adalah penting untuk strategi media sosial, tetapi ia bukan fokus utama.
Kaedah pembayaran kepada pemengaruh
Anda tidak boleh harap pemengaruh akan mewakili jenama anda secara percuma. Kalau anda minta mereka untuk mempromosikan jenama anda secara percuma, mereka tidak akan terima., jadi anda memastikan ini berbaloi untuk mereka. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu berbincangkan butiran secara individu. Berikut adalah beberapa cadangan mengenai cara pembayaran kepada pemengaruh.
Wang tunai
Berikan produk anda secara percuma
Berikan komisen
Mempromosikan mereka untuk meningkatkan trafik di laman web mereka
Ada banyak cara untuk bayar kepada pemengaruh untuk aktiviti yang dipersetujui bersama-sama.
Salah Faham Terhadap Pemasaran Pemengaruh
Pemasaran pemengaruh tidak maksud hanya cari orang yang mempunyai banyak penonton, menawarkan pendedahan atau wang kepada mereka supaya mereka akan kata perkara yang positif mengenai anda. Ini yang dilakukan oleh selebriti viral. Pemengaruh ialah orang yang telah meluangkan masa untuk mencipta jenama mereka dan membina penonton mereka. Mereka secara semula jadi akan melindungi reputasi mereka serta kepercayaan yang telah mereka perolehi. Mereka ini mempunyai kesabaran dan tumpuan untuk berjaya di media sosial, dapatkan satu pengikut organik pada satu masa. Orang seperti ini tidak berminat dalam pemasaran pengaruh hanya untuk wang.
Ini bukan mengenai dapat hasil yang cepat. Ini adalah pendekatan yang perlahan dan stabil untuk Pemasaran Media Sosial dan Kandungan. Kempen anda bukan mengenai penjualan produk anda; ia mengenai penunjukan kewibawaan dan kredibiliti anda dalam industri anda. Ini tentang bersinonim dengan apa yang anda tawarkan. Sebagai contoh, apabila seseorang mengatakan bahawa mereka akan guna fungsi Xerox dokumen dan bukan fotokopi atau hoover lantai dan bukan vakum.
Proses membina pengikut setia dan terlibat dengan Pemasaran Media Sosial ialah proses yang perlahan. Kita mudah mempercayai bahawa dengen kolborasi bersama pemengaruh akan memudahkan proses untuk tangkap fikiran dan perhatian pengikut mereka, tetapi malangnya tidak. Untuk dapat berkolaborasi dengan berkesan dengan pemengaruh, anda mesti mendapatkan penghormatan dan kepercayaan mereka terlebih dahulu. Bagaimanakah anda boleh memperoleh kepercayaan dan penghormatan mereka?
Kesimpulannya, anda boleh meringkaskan pendekatan anda guna untuk cari pemengaruh tetapi tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama untuk semua pemengaruh. Hanya lihat kpada populariti dan pemengaruh seseorang individu adalah tidak cukup. pemengaruh bukan berdasarkan populariti sahaja. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan pelanggan mengambil tindakan yang tertentu. Anda tidak patut menganggap bahawa mereka yang mempunyai pengikut terbanyak akan menjadi pemengaruh dalam kategori niche yang tertentu.
Pemasaran pemengaruh ialah salah satu cara pengiklanan yang paling hangat pada hari ini. Ia boleh membawa jenama anda ke tahap yang tinggi jika digunakan dengan betul dengan gabungan pelan strategik yang betul.
[object Object] from Exolyt
Parmis from Exolyt
Artikel ini dicipta oleh Parmis , yang bekerja di Exolyt sebagai Pencipta Kandungan. Dia berminat dalam menulis dan mencipta kandungan baru, dan memastikan dirinya sentiasa ikut trend TikTok yang terkini!
7 May 2022

Bagaimana untuk membetulkan Anda mengikuti terlalu pantas di TikTok?

Bagaimana untuk membetulkan Anda mengikuti terlalu pantas di TikTok?

4 May 2022

Cara menggunakan TikTok untuk mendengar sosial

Cara menggunakan TikTok untuk mendengar sosial

14 Apr 2022

Masa terbaik untuk menyiarkan di TikTok

Masa terbaik untuk menyiarkan di TikTok

5 Apr 2022

Penjana Hashtag TikTok

Langkah Seterusnya Untuk Meningkatkan Analitis TikTok Anda

29 Mar 2022

Apakah cerita TikTok?

Baca lebih lanjut tentang cerita TikTok

14 Mar 2022

Kalkulator penglibatan TikTok

Ketahui dengan alat kami tentang kadar penglibatan video anda pada TikTok! Gunakan kalkulator kami untuk mengira kadar penglibatan video anda!

24 Jan 2022

Bagaimana untuk bermanfaat daripada TikTok sebagai jenama kecil

Bagaimana untuk bermanfaat daripada TikTok sebagai jenama kecil

19 Dec 2021

Mengapa agensi media harus menggunakan Exolyt untuk tujuan analisis TikTok

Mengapa agensi media harus menggunakan Exolyt untuk tujuan analisis TikTok

30 Nov 2021

11 sebab pemasaran pemengaruh adalah trend seterus yang terbesar!

11 sebab pemasaran pemengaruh adalah trend seterus yang terbesar!

18 Nov 2021

Guna Alat Sunting yang Tidak Sesuai Boleh Beri Impak Pada Bilangan Tontonan TikTok Anda

Guna Alat Sunting yang Tidak Sesuai Boleh Beri Impak Pada Bilangan Tontonan TikTok Anda

5 Nov 2021

Cara perbandingan pesaing di TikTok

Kaedah perbandingan pesaing di TikTok - panduan untuk menang dalam pesaingan!

25 Oct 2021

Cara penggunaan TikTok sebagai syarikat jenama

Ini adalah panduan perniagaan yang terunggul mengenai cara bermula dalam TikTok!

9 Jun 2021

Kaedah TikTok Penyuntingan Foto pada Iphone

Mari kita tengok apakah hack suntingan foto iPhone yang sedang hangat di kalangan orang dalam TikTok.

13 Apr 2021

Kalkulator pendapatan TikTok setiap tontonan

Ketahui dengan alat kami berapa banyak yang anda dapat menjana pendapatan dengan TikTok! Gunakan kalkulator kami untuk mengira pendapatan pemengaruh TikTok!

23 Feb 2021

Kalkulator Pendapatan YouTube

Dengan menggunakan Kalkulator Pendapatan YouTube kami, anda boleh mengira anggaran pendapatan pemengaruh-pemengaruh YouTube dan juga 'streamers'. Ia berfungsi untuk semua akaun YouTube!

14 Dec 2020

Bagaimana cara menjadikan akaun TikTok anda tertutup atau terbuka?

Ramai yang mencari cara untuk menjadikan akaun TikTok mereka akaun tertutup, kerana akaun yang tertutup memberi privasi dan kawalan tambahan untuk menyebarkan video-video anda.

15 Oct 2020

Apa itu Alt TikTok?

Alt TikTok berbeza dari segi pengguna mereka dan jenis kandungan yang dapat dilihat dan dikongsikan oleh mereka. Kandungan-kandungan ini berbeza sekali dengan apa yang dapat dilihat di Straight TikTok. Anda berada di pihak mana?

6 Jun 2020

Bagaimana cara menukar latar belakang pada TikTok?

Mengubah latar belakang anda pada video-video TikTok kini merupakan suatu tren yang terbesar. Ketahui bagaimana untuk menukar latar belakang dalam TikTok!

3 May 2020

Bagaimana untuk mendapatkan pengesahan di TikTok?

Apabila anda telah dapat pengesahan atau 'Verified' atau lencana Pencipta Popular ('Popular Creator'), ia bermakna bahawa anda mempunyai tanda semak biru kecil pada profil anda. Ketahui bagaimana untuk disahkan pada TikTok!

25 Apr 2020

Cara membuat sulih suara atau 'voiceover' pada video TikTok

TikTok mempunyai ciri sulih suara atau 'voiceover' yang baharu! Ketahui cara bagaimana untuk menggunakannya pada video anda!

12 Apr 2020

Kalkulator Pendapatan TikTok

Dengan menggunakan Kalkulator Pendapatan TikTok kami, anda boleh mengetahui berapa banyak wang yang diperoleh oleh pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer'. Lihat juga petua kami untuk menjana pendapatan dengan TikTok!

1 Mar 2020

Bagaimana menjana pendapatan dengan TikTok?

Lihat panduan kami untuk memanfaatkan petua-petua terbaik dan menjana pendapatan dengan TikTok dengan menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer'

28 Feb 2020

Apakah maksud FYP dalam TikTok?

Apa maksud #FYP yang kerap dilihat di TikTok? Adakah ia membantu anda untuk masuk ke halam 'For Your Page'? Dapatkan jawapan kepada semua soalan anda yang berkaitan dengan hashtag ini!

24 Feb 2020

Apa itu #XYZBCA?

#xyzbca adalah hashtag TikTok yang digunakan oleh orang ramai untuk mendapatkan video mereka di halaman FYP atau 'For Your Page'.

12 Feb 2020

Bagaimana untuk melihat Analisis TikTok?

Anda boleh menggunakan Exolyt untuk melihat analisis pada setiap profil TikTok yang terbuka atau awam, dan video-video mereka. Ia berfungsi untuk semua profil awam dan video-video mereka! Dan, bahagian terbaik: ia boleh digunakan secara percuma!

9 Feb 2020

Bagaimana untuk menjadi terkenal di TikTok?

Terdapat beberapa helah yang harus anda ingat semasa anda ingin membuat 'Video Trending' di TikTok, dan kami dengan senang hati memberitahu bagaimana kepada anda!

8 Feb 2020

Bagaimana untuk membuang TikTok 'Shadow Ban'?

TikTok 'Shadow Ban' merupakan sekatan yang sementara sahaja, dan ia tidak menyekat apa-apa yang anda memuat naik kepada aplikasinya. Jika anda dibawah status 'Shadow Ban' ini, apa-apa kandungan anda tidak akan dipaparkan di halaman 'For You Page'. Mari baca petua kami untuk membuang status 'Shadow Ban'!