Bagaimana menjana pendapatan dengan TikTok?
Panduan

Bagaimana menjana pendapatan dengan TikTok?

DiterbitkanMar 01 2020
Ditulis olehJosh

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan aplikasi TikTok?

Terdapat dua cara yang berbeza bagi sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan dengan profil TikTok.
Cara yang paling biasa ialah pemengaruh pemasaran atau 'Influencer Marketing'. Ia bermaksud anda mempromosikan beberapa jenama atau produk yang berbeza pada video-video anda. Ini bermakna, pada dasarnya video itu mempunyai iklan yang ditaja untuk menghasilkan lebih banyak penjualan untuk jenama atau produk tersebut.
Cara kedua untuk menjana pendapatan dengan TikTok adalah untuk mengiklankan atau menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri dalam video anda.
Sama ada anda melakukan pemasaran sebagai 'influencer' atau mempromosikan perkhidmatan anda sendiri, anda pasti memerlukan daya tarikan yang kukuh pada video-video anda. Ini bermakna anda memerlukan ramai pengikut, komen, sukaan dan tontonan sebelum profil anda dapat menarik interaksi yang cukup untuk iklan yang bernilai usaha jenama. Biasanya anda memerlukan lebih daripada 100,000 pengikut dan beratus-ratus komen pada setiap video.

Bagaimana saya boleh menjana pendapatan dengan aplikasi TikTok?

Jumah pendapatan sangat berbeza untuk setiap profil dan juga industri. Anda boleh menjana mana-mana dari 50,000 USD hingga 150,000 USD setiap perkongsian jenama jika anda mempunyai profil yang sangat baik. Ini sudah tentu bergantung banyak atas bidang profil anda, lokasi, khalayak sasaran jenama, interaksi profil anda dan sebagainya.

Berapa banyak masa yang diperlukan untuk menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer'?

Biasanya memerlukan sekitar empat hingga lapan bulan untuk mendapatkan daya tarikan dan jumlah pengikut yang kukuh. Ini juga bergantung pada kandungan anda, kerana beberapa profil juga telah mendapatkan 100,000 pengikut pada bulan pertama mereka. Profil tersebut telah menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dengan kadar interaksi yang sangat baik.
Sekiranya anda tinggal di negara yang mempunyai banyak pengguna TikTok , seperti Amerika Syarikat, India, Rusia atau Turki, anda boleh menjadi pemengaruh dengan jauh lebih cepat kerana kemungkinan khalayak anda jauh lebih besar. Ini tentu boleh bermakna bahawa persaingan juga lebih besar.

Bagaimana saya boleh menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer'?

Tidak ada muslihat ajaib untuk menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer' ini, tetapi jangan risau! Terdapat banyak perkara yang dapat membuat anda jauh lebih hebat daripada persaingan anda.
Berikut adalah senarai semak kami untuk menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer':
Melibatkanlah diri anda dengan pengikut dan khalayak anda. Balas dan sukaani komen-komen mereka, dengarkan apa yang mereka cakapkan untuk mendapatkan idea-idea video.
Pastikan ia segar. Ikuti tren-tren terkini, dan sentiasa cuba menambahkan 'twist' anda sendiri. Ini dapat menjadikan profil anda lebih menarik.
Pastikan anda dan kandungan anda unik dan asli! Semua orang sukaan melihat orang unik dan yang mempunyai kandungan yang unik. Jadi berani untuk menjadi berbeza!
Sebagai tambahan kepada senarai semak kami, anda boleh menggunakan alat yang berbeza untuk mengesan kemajuan anda dalam perjalanan menjadi pemengaruh TikTok atau 'TikTok Influencer'. Cuba alat analisis TikTok kami secara percuma untuk menyemak profil anda dan lihat kandungan yang paling bergema dengan khalayak anda!

Jana pendapatan dengan program afiliasi

Menjana pendapatan dari pengikut TikTok anda dengan mudah! Kongsikan Exolyt kepada pengikut-pengikut anda dan dapatkan komisen dari langganan baharu. Anda boleh menyertai program afliasi kami dengan memilih kod diskaun untuk anda, dan mana-mana pengguna yang menggunakan kod diskaun anda dalam pesanan pertama mereka akan menjana pendapatan bagi anda. Penyertaan program afliasi ini adalah percuma!
Baca lebih lanjut mengenai program afiliasi
Josh from Exolyt
Josh from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Josh, yang bekerja di Exolyt sebagai Perunding Media Sosial Kanan. Josh membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.
Kongsi artikel ini

Artikel untuk influencer