
Panduan
Bagaimana untuk membuang TikTok 'Shadow Ban'?
DiterbitkanFeb 08 2020
Ditulis olehJosh
Apakah TikTok 'Shadow Ban'?
Tiktok sekatan banyan atau 'Shadow Ban' merupakan sekatan yang sementara sahaja, tetapi ia tidak menyekat apa-apa yang anda memuat naik kepada aplikasinya. Tiada maklumat rasmi dari TikTok soal berapa lama 'Shadow Ban' ini akan berlangsung. Ia merupakan suatu proses yang automatik dari algoritma TikTok sendiri untuk melindungi pengguna daripada kandungan spam, kandungan yang tidak senonoh dan jugak masalah hak cipta. Sekiranya akaun anda dibawah status 'Shadow Ban' ini, video anda tidak akan dipaparkan di halaman 'For You Page' atau dalam hasil pencarian.
Bagaimana untuk mengetahui apakah akaun anda dalam status 'Shadow Banned'?

TikTok tidak akan memberitahu anda sekiranya akaun anda dibawah status 'Shadow Banned'. Sekiranya video anda tidak mendapat paparan 'For You Page', anda berkemungkinan bermaksud video anda disekat, atau 'Shadow Banned'.
Dengan menggunakan TikTok Pro, anda dapat melihat bahawa tontonan anda daripada 'For You Page' atau tidak. Setiap video dalam aplikasi TikTok akan masuk ke dalam 'For You Page' walaupun pada masa yang suntuk. Jika video tontonan anda tidak dipaparkan dalam 'For You Page', akaun anda berkemungkinan besar telah diletakkan dibawah status sekatan bayangan, atau 'Shadow Ban'.
Pengikut anda masih boleh lihat dan menonton video-video anda walaupun akaun anda dibawah status 'Shadow Banned'.
Bagaimana untuk membuang TikTok 'Shadow Ban'?
TikTok dengan secara rasminya tidak menyatakan bahawa sekatan bayangan atau 'Shadow Ban' ini wujud, tetapi terdapat banyak kes dalam talian yang membuktikan bahawa ia wujud. Untuk membuang sekatan ini, anda perlu memadam apa-apa kandungan yang telah mencetus algoritma TikTok dan menunggu beberapa hari sebelum menyiarkan apa-apa kandungan yang baharu.
Beberapa orang mengatakan bahawa mereka perlu menunggu dua minggu untuk sekatan bayangan itu ('Shadow Ban') dihapuskan. Sebelum anda memadamkan aplikasi TikTok, harap maklum bahawa TikTok akan juga menghapuskan semua draf anda dan anda tidak boleh mengembalikannya lagi!
Sekiranya ini tidak membantu, anda boleh mengosongkan cache anda daripada aplikasi TikTok, log keluar, hapus aplikasinya dan but semula telefon anda. Tunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum memuat turun semula aplikasi dan log masuk semula. Cara ini sudah dicuba oleh ramai pengguna, termasuklah kami. Ingatlah bahawa apabila anda log keluar, anda perlu tahu kata laluan akaun anda supaya anda dapat log balik semula!
Bagaimana untuk mengelakkan 'Shadow Ban' atau sekatan bayangan di masa depan?
Anda mungkin tidak mahu mendapatkan status 'Shadow Banned' lagi pada masa akan datang. Ikuti panduan kami untuk dapat tahu bagaimana!
Jangan pos sebarang kandungan yang berhak cipta. Sekiranya anda memuat naik sebarang video yang bukan hak milik anda, ia merupakan satu masalah hak cipta. Dengan ini, TikTok akan mengambil tindakan untuk membuang video anda dan menandakan video anda untuk ditinjau. Jadi, pastikan anda hanya poskan video kandungan asli yang dibuat atau diedit oleh anda sahaja.
Kebogelan tidak dibenarkan! TikTok sangat menegaskan peraturan yang tidak menunjukkan sebarang ketelanjangan di aplikasi mereka kerana terdapat banyak pengguna muda yang bawah umur. Oleh kerana terdapat berita dan penuduhan bahawa TikTok merosakkan anak muda, mereka turut menjalankan tugas mereka dengan tegas untuk melindungi mereka yang di bawah umur. Oleh itu, jangan siarkan apa-apa kandungan yang mempunyai sebarang kebogelan atau ketelanjangan.
Pastikan video anda mengikuti undang-undang! TikTok menyekat video-video dan juga pengguna yang mempunyai kandungan yang dilarang dari segi undang-undang.
Berikut merupakan bahan-bahan yang merangkmi bahan-bahan yang dilarang di dalam video TikTok anda, tetapi tidak terhad kepada apa-apa jenis dadah, senapang, pisau, keganasan dan/atau apa-apa bahan lain yang dilarang.
Pencahayaan yang bagus! TikTok menganalisis setiap satu video dengan algoritma mereka, jadi pencahayaan yang bagus merupakan satu faktor yang penting. Ini kerana TikTok ingin mempastikan semua video tidak mengandungi objek terlarang, atau sebarang kebogelan.
Oleh itu, sekiranya video terlalu gelap, algoritma itu tidak boleh berfungsi dengan betul. Jadi sekiranya berlaku, mereka akan merepot video itu untuk peninjauan secara automatik.
Gunakan lagu-lagu yang sahih sahaja! Sekiranya audio untuk video sedang ditinjau atau mengatakan bahawa 'Cuba mendapatkan hak cipta', video anda pasti akan diletakkan di bawah status sekatan bayangan, atau 'Shadow Ban'.
Ini berlaku kerana TikTok tidak mahu mengambil risiko menggunakan lagu-lagu yang mempunyai masalah hak cipta.
Pastikan anda mempunyai satu akaun bagi satu peranti! Terdapat khabar angin bahawa jika anda mempunyai lebih dari satu akaun untuk peranti anda, anda mempunyai kemungkinan besar akan disekatkan. Walaubagaimanapun, kami tidak pasti khabar angin ini sahih, tetapi sekurang-kurangnya kami perlu memberitahu anda sekarang!
Terdapat juga banyak khabar angin bahawa TikTok mungkin 'Shadow Ban' atau menyekat video-video yang tidak mempunyai muka, suara atau pergerakan badan manusia. Bagaimanapun, kebanyakan video-video yang sebegini masih juga masuk dalam "For You Page", tetapi ini juga mungkin satu perkara yang anda perlu mempertimbangkan. Jadi, jika anda henda mempromosikan video anda, pastikan ada elemen manusia di dalam video!

Josh from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Josh, yang bekerja di Exolyt sebagai Perunding Media Sosial Kanan. Josh membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.







