Cara membuat sulih suara atau 'voiceover' pada video TikTok
Panduan

Cara membuat sulih suara atau 'voiceover' pada video TikTok

DiterbitkanApr 25 2020
Ditulis olehAngelica

Ciri sulih suara atau 'voiceover' baharu

TikTok telah mengeluarkan ciri suara baharu ke aplikasinya pada bulan Mac ini! Dengan suara 'voiceover' ini, anda boleh menambahkan suara anda sendiri ke video selepas anda merakamnya!
Pengguna dapat menambahkan sulih suara atau 'voiceover' ke video TikTok mereka selepas rakaman, kemudian terus menyunting videonya. Dengan alat ini, pengguna dapat menambahkan suara mereka kepada apa-apa video yang mereka rakam, sama ada ia dimuat naik ataupun dirakam dengan aplikasi TikTok sendiri. Alat ini dapat membuat pengguna untuk membuat kandungan dengan lebih menarik dan menjadikan sulih suara atau 'voiceover' lebih sesuai dengan kandungan video!

Cara menambahkan sulih suara atau 'voiceover' pada video TikTok

Cara buat lakonan suara dalam TikTok
Untuk menambahkan sulih suara atau 'voiceover' ke video anda, tekan ikon mikrofon di sebelah kanan yang berlabel 'voiceover' atau 'rakaman'. Tekan butang rakam untuk merakamkan sulih suara atau 'voiceover' anda. Anda boleh merakam 'voiceover' ini di mana-mana bahagian video.
Anda boleh menyesuaikan sulih suara atau 'voiceover' dengan hanya menggunakan togol "suara asli".
Sulih suara atau 'voiceover' boleh ditambahkan dan dipadamkan di mana-mana bahagian semasa penyuntingan video. Ia merupakan ciri atau fitur yang sangat hebat, jadi anda boleh membuat sulih suara itu secara ulang-ulangan, sehingga anda berpuas hati!
Lihat video TikTok #voiceover terbaik
Angelica from Exolyt
Angelica from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Angelica, yang bekerja di Exolyt sebagai Pengurus Kanan Media Sosial. Angelica membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.
Kongsi artikel ini

Artikel untuk influencer