
Panduan
Apakah maksud FYP dalam TikTok?
DiterbitkanFeb 28 2020
Ditulis olehJosh
Apa maksud #fyp?
Anda mungkin pernah melihat #fyp dalam banyak video TikTok. Nampaknya semua orang menggunakan hashtag dalam pelbagai jenis video.
Selalunya #fyp atau FYP ini bermaksud 'For You Page'. Halaman ini adalah halaman utama yang anda dapat melihat apabila anda membuka aplikasi TikTok pada iPhone atau Android anda. Kebanyakan pengguna TikTok atau 'TikTokers' ini akan membuat video-video dengan harapan ia akan dikemukakan di halaman 'For You Page' ini untuk mendapatkan lebih banyak tontonan, sukaanan dan sudah tentunya, pengikut. Oleh itu, mereka hanya menggunakan hashtag ini dengan harapan untuk video itu menjadi popular.
FYP juga boleh bermaksud 'Fixed Your Post', atau pos anda dibaiki. Ia digunakan apabila orang lain membuat video orang lain versi mereka sendiri tetapi setelah disunting mengikut kesukaan mereka sendiri.
Adakah #fyp mendapatkan saya dipapar pada 'For You Page'?
Untuk mendapatkan video anda dipapar di 'For You Page', anda perlukan lebih daripada #fyp di tajuk video anda. Anda perlu mempunyai video yang berkualiti dari segi pencahayaan dan juga kandungan yang bagus untuk dapat dipaparkan di 'For You Page'. Jadi, secara ringkasnya, dengan hanya menggunakan #fyp tidak akan dapat menjaminkan video anda akan dipaparkan di 'For You Page'.
Tetapi kerana #fyp adalah hashtag yang paling popular di TikTok, menggunakannya akan menjadikan video anda kelihatan popular bagi algoritma TikTok. Ini mungkin menimbulkan kesan bola salji untuk #fyp dan ia turut membantu untuk meningkatkan video.
Mengapa orang memberi komen 'fyp' pada video saya?
Dengan menulis komen 'FYP' pada beberapa video, ia memberi tahu pengunggah video itu bahawa pengguna sudah menonton video itu di halaman 'For You Page'. Orang itu juga mungkin mahukan video itu untuk dipaparkan di 'For You Page' orang lain, kerana mereka menyukainya. Jadi, dengan memberi komen kepada video anda, mereka sedang menolong anda untuk meningkatkan interaksi video anda dengan orang lain. Mereka juga mungkin hendak orang menyukai komen mereka kerana jika orang lain melihatnya dan juga menyukai kandungan video itu, mereka akan turut menyukai komen tersebut.
Lihat video terbaik TikTok dengan #FYP tag
Josh from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Josh, yang bekerja di Exolyt sebagai Perunding Media Sosial Kanan. Josh membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.







