
Panduan
Bagaimana untuk mendapatkan pengesahan di TikTok?
DiterbitkanMay 03 2020
Ditulis olehAngelica
Apakah 'Disahkan' atau 'Verified' dalam TikTok?

Mendapatkan pengesahan bermaksud terdapat lencana biru kecil dengan tanda semak atau 'checkmark' pada profil anda. Sebelum ini, profil-profil TikTok yang disahkan ada ikon mahkota kecil, tetapi kini ia telah digantikan dengan tanda semak disahkan atau 'Verified' dan juga teks 'Akaun Disahkan'.
Mempunyai profil yang Disahkan atau 'Verified' memberikan keaslian profil dan dapat membina kepercayaan. Profil yang disahkan juga menarik lebih banyak pengikut dan interaksi.
Kebanyakan profil yang telah mendapatkan pengesahan merupakan bintang-bintang pop, pemuzik dan selebriti sebenar, tetapi ia tidak akan menghalangi anda untuk mendapatkan pengesahan tersebut.
Apakah lencana Pencipta Popular atau 'Popular Creator'?
Lencana Pencipta Popular atau 'Popular Creator' adalah salah satu cara lain untuk anda disahkan atau 'verified' di TikTok. TikTok hanya memberikan lencara ini kepada profil-profil yang mempunyai jumlah pengikut yang banyak di TikTok dan video-video yang telah banyak ditonton, disukai, dikomen dan juga dikongsi.
Pasukan TikTok sentiasa menyemak akaun-akaun popular dan menambahkan lencana Pencipta Popular atau 'Popular Creator' kepada profil-profil mereka yang mempunyai kandungan berkualiti tinggi. Jadi, anda akan mendapatnya secara automatik apabila anda sudahpun layak untuk itu.
Bagaimana untuk mendapatkan pengesahan di TikTok?
Mencipta atau membuat kandungan yang menarik
TikTok memberikan lencara pengesahan atau 'Verified' kepada profil yang menghasilkan video-video berkualiti tinggi dengan secara konsisten sebagai suatu penghargaan. Oleh itu, pastikan anda membuat video-video anda dalam suasana yang terang dan juga berkualiti tinggi. Tiada siapa yang mahu menonton video yang bergoyang dan dicipta dalam bilik seseorang.
Dapatkan pengikut
Kebanyakan profil yang disahkan mempunyai jumlah pengikut yang ramai. Walaupun ini bukan suatu keperluan mutlak untuk profil anda disahkan, ia pasti akan membantu anda dengan mendapatkan pengesahan.
Ketahui lagu-lagu terkini
Sekiranya anda sudah menggunakan TikTok untuk sekian lama, anda mungkin akan sedar bahawa lagu dan hashtag tag sama akan turut berulang-ulang. TikTok memihak kepada lagu-lagu popular dan mahu orang untuk menggunakannya. Oleh itu, jangan takut menggunakannya! Menggunakan lagu dan hashtag yang popular akan membantu untuk mendapatkan kandungan anda di halaman 'For You Page' dan mendapatkan anda lebih banyak pengikut.
Dapatkan pengesahan di media sosial lain
Yang ini mungkin cara terbaik untuk mendapatkan pengesahan di TikTok. Kami telah melihat profil-profil yang mempunyai hanya 100 pengikut dan ia disahkan. Itu hanya kerana mereka telah disahkan pada tiga media sosial yang berbeza. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada YouTube dan Instagram.
Oleh itu, mendapatkan pengesahan di media sosial lain dan pautkannya ke profil TikTok anda.
Saya telah menjumpai laman web yang mengatakan mereka boleh mengesahkan saya!
Semua laman web yang menyatakan bahawa mereka mendapatkan pengesahan atau 'Verified' di TikTok berbohong. Tidak ada jalan pantas atau peretasan yang membolehkan anda dapatkan pengesahan. Oleh itu, jangan buang masa atau wang anda menggunakan laman web-laman web ini kerana ini adalah penipuan.
Kesimpulannya
Dengan lencana pengesahan atau 'Verified' ini, TikTok akan menonjolkan pencipta-pencipta mereka. Ramai yang mempunyai lencana ini merupakan pengguna yang sangat aktif dan sentiasa mengongsikan video-video yang berkualiti tinggi setiap hari. Proses untuk mendapatkan pengesahan ini dirahsiakan oleh TikTok, tetapi kami percaya bahawa petua-petua kami akan menjadi suatu cara bagi anda untuk mendapatkan pengesahan yang diingini di TikTok.
Walaupun ia sukaanr untuk mengembangkan khalayak dan penonton dan juga pengikut anda, ia tidak semestinya akan menjadi sukaanr – kami di Exolyt boleh membantu anda mempergunakan data dengan menganalisis kandungan yang anda mencipta untuk melihat apa yang sesuai bagi profil anda. Jadi, cari profil anda di Exolyt sekarang untuk dapat tahu prestasi anda dan bagaimana untuk meningkatkan!

Angelica from Exolyt
Artikel ini ditulis oleh Angelica, yang bekerja di Exolyt sebagai Pengurus Kanan Media Sosial. Angelica membantu pemberi pengaruh, pemasar dan pencipta kandungan untuk meningkatkan penglibatan mereka dan menggunakan sepenuhnya akaun mereka.







